Isu kes cikgu Fadli mengkritik sistem pendidikan negara hingga menyebabkan dia hampir dibuang kerja mendapat perhatian masyarakat yang turut menyoal silibus baru yang dikatakan tidak sesuai dengan Umur yang diajar.
Namun, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah memutuskan guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya lapor Harian Metro.
Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Surat berkenaan ditanda tangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Mohd Fadli juga dikatakan akan berkongsi keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan menerusi Facebook (FB) malam ini.
Baca Juga: Demi PRU15, 7,700 anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersiap sedia
Baca Juga: Doktor tertua di dunia kerja 9 pagi sehingga 6 petang