Kisah lelaki yang menetap di lapangan terbang selama 18 tahun pernah dijadikan cerita oleh pengarah Hollywood yang dinamakan The Terminal. Lelaki tersebut telah dilaporkan meninggal dunia oleh Badan Penyiaran Britain (BBC) pada Sabtu lepas.
Mehran Karimi Nasseri telah menjadikan sebahagian kecil kawasan di Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle sebagai kediamannya sejak 1988 hingga 2006.
Pergi ke Eropah demi mencari ibu kandung
Mehran dikatakan pergi ke Eropah untuk mencari ibu kandungnya. Dia menetap di Belgium selama beberapa tahun, Mehran malah pernah diarah keluar oleh beberapa negara termasuk Britain, Belanda dan Jerman kerana tidak mempunyai dokumen imigresen yang sah.
Setibanya di Perancis, dia menjadikan Terminal 2F Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle sebagai ‘rumahnya’. Rutin harian lelaki itu dihabiskan dengan menulis mengenai kehidupannya dalam sebuah buku nota serta membaca buku serta surat khabar.
Walaupun diberi status pelarian dan dibenarkan tinggal di Perancis pada 1999, Mehrandikatakan hanya tinggal di lapangan terbang tersebut hingga 2006, dia kemudia tinggal di hostel dengan duit yang diterima daripada filem.
Mehran dilaporkan kembali ke lapangan terbang itu beberapa minggu lalu dan tinggal di situ sehingga meninggal dunia akibat sakit tua. Beberapa pegawai berkata, Mehran ditemui dengan ribuan Euro wang tunai dalam simpanannya. – Agensi
Baca Juga: Wanita habiskan 10 juta yen untuk pembedahan plastik, mula sejak sekolah rendah lagi
Baca Juga: Data bocor, undi pos lewat tiba: Sampai bila SPR mahu membisu?