Dah usia lebih setengah abad, doktor ini mampu lagi maraton 42 km, netizen terinspirasi dengan pencapaiannya

Pempengaruh kesihatan, Dr Imelda Balchin secara rasmi pada 15 April sudah mencecah usia 53 tahun dah mampu menyertai maraton 42 km.

Dalam usia lebih setengah abad serta kesibukannya sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi, beliau membuktikan gaya hidup sihat amat membantu diri.

Ini ucapan Dr Imelda yang membuatkan ribuan terinspirasi dengan pencapaiannya:

Hari ini (15 April) saya genap 53 tahun.

Sesetengah orang akan mengatakan mereka berusia 29 tahun lagi dan merahsiakan usia sebenar mereka.

Tetapi saya berbangga untuk memberitahu anda usia sebenar saya. Saya menerima semakin tua ke setiap kedutan baru, kerana penuaan adalah kehidupan, dan kehidupan adalah rahmat daripada Allah.

Terima kasih atas semua ucapan baik untuk hari lahir saya. Tiada hadiah hari jadi yang lebih hebat daripada dorongan positif, kata-kata positif dan fikiran positif untuk membantu saya bergerak ke hadapan untuk menjadi orang yang lebih baik dalam dunia yang lebih baik.

Terima kasih kepada doa-doa kesejahteraan untuk chek daripada anda semua. Chek doakan semoga semua doa-doa yang baik untuk chek akan berbalik kepada anda semua, Insyallah.

Chek bersyukur, Alhamdulillah. Ada ramai orang yang sayang kat chek. Ada ramai orang positif di sekeliling chek.

Ada ramai orang berhati baik mendoakan untuk chek, sebab inilah berkat yang tak ternilai tingginya.

What goes around comes around.

Marilah kita semua menjadi baik antara satu sama lain dan menyokong satu sama lain. Sempena hari lahir saya, saya doakan anda semua sihat, bahagia dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.

You are all awesome and I love you all.

BACA JUGA Degil betul warga China ini mahu juga bawa masuk anjingnya, cara lelaki ini layan karenah pelanggan dipuji