Dakwa hutang RM4,000 belum langsai, Shahir tak larikan diri bakal bincang cara baik

Juara Akademi Fantasia 8 yang bakal menamatkan zaman bujang hari ini terpalit lagi dengan kontroversi apabila didakwa berhutang RM4,000 oleh dua indidvidu dan dikatakan masih belum melangsaikan hutang tersebut.

Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir Zawawi bersedia untuk bertemu dengan dua individu terbabit walaupun dakwaan tersebut dikatakan tidak benar, dia tidak akan melarikan diri dan terbuka untuk perbincangan.

Bagi Shahir dia mahu beri lebih tumpuan kepada pernikahannya pada 2 September dan tidak mahu memusingkan kepalanya mengenai hal hutang tesebut.

Bagaimanapun, Shahir menegaskan tuntutan tersebut bukan hutang, selain mendakwa ia tidak membabitkan sebarang kontrak.

Sebelum ini, seorang individu mencetuskan kontroversi di media sosial selepas membuat dakwaan mengaitkan juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu dengan hutang RM4,000 yang belum dijelaskan.

Baca Juga: Akhiri zaman bujang dengan gadis Sabah, Shahir harap dipermudah segala urusan

Baca Juga: Penjara 10 tahun, denda RM970 juta untuk Rosmah