Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu surat bertarikh 7 November mengumumkan gaji buat penjawat awam dan pencen pesara kerajaan bakal diawalkan kepada tarikh 14 dan 17 November. Tiada alasan untuk tak balik mengundi untuk anda.
Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.
“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.
“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” ujar surat itu.
Pengumuman tersebut selaras dengan inisiatif bagi membolehkan pengundi pulang ke kawasan masing-masing sempena Pilihan Raya Umum (PRU15) pada 19 November depan.
Baca Juga: Mengapa pasukan Jihad Tangani Inflasi tidak berunding dengan penternak ayam lebih awal? – CAP