‘Dari awal ada tak kena dengan kes Tangmo’ – Pakar forensik terkenal sertai bedah siasat kedua Tangmo

Kisah kematian aktres Thailand, Tangmo Nida yang meletup pada penghujung Februari lalu terus menjadi tumpuan seluruh dunia sehingga mendapat perhatian pakar patologi forensik terkenal Thailand iaitu Dr Porntip Rojanasunan yang dilaporkan bakal menyertai proses autopsi kali ini ke atas mayat mendiang.

Dalam perkembangan terkini, memetik Bangkok Post, panel khas akan dipilih oleh Jawatankuasa Senat hak asasi manusia, kebebasan dan perlindungan untuk meneliti siasatan polis yang sedang dijalankan berhubung kematian pelakon itu.

Dr Porntip Rojanasunan, pakar patologi forensik terkenal yang kini bergelar senator turut menjadi salah seorang ahli jawatankuasa itu yang akan memerhati bedah siasat kedua yang diminta oleh ibu mendiang.

Porntip berkata beliau menjangkakan bedah siasat kedua akan menjelaskan lebih banyak persoalan terutamanya tentang luka besar pada paha Tangmo iaitu sama ada ia berlaku sebelum atau selepas pelakon itu terjatuh ke dalam sungai.

“Kes ini memang pelik sejak awal lagi,” kata Porntip.

Terdahulu, Porntip melalui laman sosial Facebook rasmi mengulas bahawa ramai dalam kalangan orang awam termasuk keluarga Tangmo tersilap percaya bahawa hanya polis mempunyai akses kepada laporan forensik mangsa.

Mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mendedahkan kebenaran, tetapi memandangkan bedah siasat di Thailand telah disepadukan ke dalam siasatan polis, proses itu mungkin tidak telus seperti yang sepatutnya.

Latar belakang Dr Porntip

Dr Porntip Rojanasunan bukan sahaja terlibat dalam bedah siasat Tangmo Nida malah pernah merungkai pelbagai kes berprofil tinggi di Thailand termasuklah pembunuhan Jenjira Ployangunsri pada tahun 1998.

Selain di Thailand, Dr Porntip yang kini berusia 68 tahun pernah bedah siasat inkues mendiang Teoh Beng Hock. Teoh Beng Hock merupakan pembantu politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Mazalam, Shah Alam sekitar tahun 2009 yang lalu.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2004, Dr Porntip turut terlibat dalam proses pengecaman mayat mangsa Tsunami Lautan Hindi.

Porntip berkata beliau menjangkakan bedah siasat kedua akan menjelaskan lebih banyak persoalan terutamanya tentang luka besar pada paha Tangmo iaitu sama ada ia berlaku sebelum atau selepas pelakon itu terjatuh ke dalam sungai.

Baca juga: https://themalaysialife.com/resepi-sahur-paling-mudah-bukan-takat-goreng-telur/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/10-perkara-luar-biasa-dalam-keputusan-prn-johor/