Dera kanak-kanak sampai maut, jurujual dan pembantu rumah ditahan

Salah apa yang dilakukan anak kecil ini sehingga sanggup dipukul dan didera sehingga ada yang sanggup mengambil nyawanya. Seorang kanak-kanak disyaki didera oleh jurujual yang diupah menjaganya sejak tiga bulan lalu di Taman Skudai, Johor Bharu.

Suspek dan pembantu rumah warga Indonesia berusia 40 tahim direman selama tujuh hari bermula kelmarin. Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kkedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 9 pagi selepas ditahan di kediaman mereka tengah hari semalam

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kanak-kanak itu dijaga seorang lelaki yang juga kenalan bapa mangsa dengan bayaran RM2,800 sebulan.

Bapa mangsa dikatakan bekerja di Singapura, manakala ibunya bekerja di Yong Peng. Mangsa dan adiknya yang berusia setahun telah dijaga suspek sejak tiga bulan lalu.

Baca Juga: Tembak gas pemedih mata dalam stadium Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai digantung tugas

Baca Juga: Siar gambar bogel di OnlyFans, bekas doktor dipenjara 6 tahun