“Dia ingat orang nak bid sampai RM1,000 kot” – Netizen kecam peniaga bundle koyak baju sebab bid murah sangat

Umum sedia tahu pakaian bundle ini adalah pakaian terpakai yang diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Korea dan negara lain. Namun sebagai peniaga bundle, anda tidak boleh mengharapkan dapat menjual balik dalam harga yang sama seperti asli.

Tindakan seorang lelaki yang juga peniaga bundle ini mencetuskan kemarahan ramai apabila membuat keputusan untuk buat bidaan bagi baju bundle yang dijualnya.

Tanpa meletakkan minimum harga untuk bidaan, lelaki itu dikatakan berang apabila pembeli meltakkan harga RM50 sebagai pemulaan bidaan.

Dia bertindak memarahi pelanggannya yang meletakkan harga murah berbanding harga disasarkannya terhadap sehelai baju berjenama Adidas.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_ di laman Twitternya, kelihatan seorang lelaki sedang membuat siaran secara langsung yang menjual pakaian bundlenya di dalam sebuah bilik.

Menurut OMM, lelaki terbabit telah memberi peluang kepada pembeli untuk membuka harga bagi sehelai baju berjenama Adidas berwarna biru.

Kalau panas baran, jangan meniaga

Tidak berpuas hati dengan harga yang dikatakan tidak setanding dengan kualiti, harga yang ditawarkan terlalu rendah berbanding dengan harga yang telah disasarkan.

Kononnya memahami konsep bidaan namun melenting bila ditawarkan harga rendah sedangkan tiada manusia yang membida dengan harga tinggi kalau boleh dapat dengan harga yang lebih murah.

Katanya, tiada penjual lain yang akan menjual baju Adidas tersebut pada harga RM40 malah, dia sudah berputus asa untuk menjual pakaian bundle memandangkan sikap pembeli sentiasa mahukan harga yang tidak mendatangkan keuntungan.

Pijak dan koyak baju bundle depan pembeli.

Kalaulah baju itu benar bernilai dan berkualiti, tak akanlah dia sanggup mengoyak dan memijak dua helai baju sambil memaki hamun pembeli yang sedang buat bidaan.

“Aku rasa dia ni tak faham lah harga ‘bid’ tu apa.”

Tindakan lelaki itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen dimana mereka menyifatkan dia sendiri tidak memahami erti ‘bid’ harga kerana sepatutnya dia sebagai penjual perlu meletakkan harga tapak kepada pembeli.

“Kalau panas baran macam ni, baik tak payah berniaga..rugi je!”

Bahkan, mereka tidak bersetuju dengan perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu kerana ia hanya mendatangkan kerugian serta menakutkan pembeli yang lain. Seharusnya, dia perlu lebih bersabar dalam melayani pelanggan dalam urusan jual beli.

“Dia ingat ada orang nak bid harga sampai RM1,000 kot “.

Seharusnya penjual tersebut meletakkan harga minimum untuk baju tersebut kerana pembeli tidak akan membayar harga yang terlalu tinggi tanpa dapat memegang baju secara fizikal untuk melihat kualiti baju tersebut tidak kira daripada jenama apa sekalipun.

Baca Juga: Doktor tampar kanak-kanak sebab mencarut depan muka

Baca Juga: ‘Saya beri 10 bintang untuk semangat cikgu’, gaya mengajar guru ini dikagumi orang ramai