“Dia pemegang saham terbesar!”, netizen berseloroh lepas tengok ‘lokasi’ kucing ni terlelap

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling manusia sayang, malah gelagatnya tidak pernah membuatkan kita jemu melayan mereka.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai peliknya dan kelakar seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaharu, menerusi satu video tular di laman TikTok yang dimuatnaik sara.swati menunjukkan seekor kucing sedang nyenyak tidur di atas kaunter kedai runcit.

Apa yang menarik perhatian adalah kucing itu bukan sahaja sedang tidur dengan lena sambil duduk, tetapi penjaganya seperti sudah biasa dengan perangai kucing itu.
Rata-rata netizen dilihat geram dengan gelagat si comel dari Indonesia itu.

“Dia pemegang saham terbesar!”

“Terpaling penat,”

“Agaknya dia penat kerja sebagai penjual,”

Baca Juga: Lelaki ini tersekat dalam paip pembentung, apa kesudahannya?

Baca Juga: Axia dibeli sejak 2019 tak pernah servis, mekanik terkejut tengok enjin rosak habis tapi lain pula jadi perhatian netizen