“Dia tak ada kerja” – Musa balas sindiran Sanusi, jangan sibuk hal politik Pulau Pinang

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir membalas sindiran yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor menerusi laman Facebook miliknya yang menyindir UMNO Pulau Pinang yang masih mengharap kerjasama bersama Pas.

Musa menasihatkan Sanusi untuk tidak masuk campur hal politik di Pulau Pinang dan tidak menyoal hubungan UMNO dan Pas di Pulau Pinang selepas Sanusi menyoal kenapa UMNO Pulau Pinang bersuara hanya selepas keputusan dibuat Pas keluar.

“Dia jaga Kedah sudahla. Penang (Pulau Pinang) ni dia tak tahu apa pun. Kita (UMNO Pulau Pinang) di sini boleh tanya pemimpin Pas Pulau Pinang macam mana (hubungan).”

Musa berkata, Muhammad Sanusi yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat tidak sepatutnya masuk campur hal ehwal politik di Pulau Pinang khususnya berkaitan kerjasama antara UMNO dan Pas lapor Kosmo.

“Pas Pulau Pinang pun tak ada reaksi apa tapi yang ‘dok’ buat kelam-kabut ni Kedah (Muhammad Sanusi). Dia tak ada kerja, dia ‘dok’ mai (datang) bagi serabut di Pulau Pinang. Kami tak ada masalah sebab UMNO ni kita dari dulu dengan Pas memang rapat.

“Tapi kalau Pas tak mahu (kerjasama), kita akan lawanlah. Tapi bukan kerana UMNO lemah, bukan UMNO tak ada kekuatan (jika tak bekerjsama dengan Pas). Lawan kita lawan. Dah 60 tahun kita lawan sebelum ni tak ada masalah pun,” jelasnya.

Baca Juga: PH sah tidak bubar DUN di 3 negeri

Baca Juga: Menjelang Deepavali, Mujahid turun padang raikan 230 golongan memerlukan