Tidak tahu dimana keberadaan ibu bapa semasa hingga sanggup membiarkan anak mereka bermain seorang diri di eskalator. Kejadian yang berlaku di Shanghai, China itu mendebarkan orang ramai apabila kanak-kanak perempuan hampir tejatuh selepas berpaut di eskalator.
Jika terlambat satu saat, pastinya nyawa kanak-kanak perempuan itu melayang namun tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki yang menyedari situasi tersebut terus menjerit meminta tolong orang awam lapor South Morning China.
Video yang tular menunjukkan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh dua orang adik-beradik lelaki yang bertindak dengan menariknya keluar dari ruang di antara cermin penghadang pada eskalator tersebut.
“Saya tak mampu untuk angkat kanak-kanak itu pada awalnya kerana saya seorang saja. Kemudian adik saya datang tolong tarik sekali kerana kalau dia terlambat sedikit, kanak-kanak perempuan itu berkemungkinan akan terjatuh.”
Difahamkan, kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 4 tahun itu tidak berada dengan ibu bapanya semasa kejadian tersebut berlaku dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas berjaya diselamatkan.
Baca Juga: Mahu kejar populariti sampai hina penguat kuasa di TikTok, penganggur ditahan