Dihubungi saat akhir, Danial tak sempat siapkan diri sebelum mengacara Gegar Vaganza

Pelawak Danial Zaini dikecam teruk oleh netizen apabila gagal menggalas tanggungjawab sebagai hos bersama Elly Mazlein di Gegar Vaganza 9 menggantikan tempat Nabil Ahmad, namun pelawak itu tidak cepat melatah dan menjelaskan isu terbabit.

Danial memuat naik hantaran di TikTok miliknya untuk membuat penjelelasan mengenai isu terbabit. Dia mendakwa pihak produksi menghubunginya pada saat akhir untuk menggantikan tempat Nabil Ahmad.

@danial.zaini

🙏🙏 Ini kenyataan saya berkenaan dgn pengacaraan saya di minggu yg kedua gegar vaganza 2022 #gv9 #gegarvaganza2022

♬ original sound – Danial Zaini – Danial Zaini

Ini menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan sebelum bersiaran secara lansung.

“Saya hanya ada masa 4 jam untuk sediakan baju apa semua. Apa yang anda lihat di pentas tu, itulah dia. Itu apa yang mampu saya beri.

“Banyak kekurangan saya. Kalau ada yang kurang berpuas hati dengan cara saya, saya mohon maaf.

Bukan sahaja tidak ada raptai penuh malah dia hanya mendapat skrip beberapa jam sebelum program bermula dan hanya mampu mengadakan perbincangan kecil bersama Kak Lina untuk mengendalikan GV.

Dia turut memohon maaf sekiranya telah merosakkan suasana program dan berjanji akan memperbaiki diri untuk menjadi pengacara yang lebih baik pada masa akan datang.

Baca Juga: Nak cuba berlakon dan buat konsert solo, Alyah masih mahu berada dalam industri

Baca Juga: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sahabat, tokoh rujukan saya sejak zaman mahasiswa-Anwar Ibrahim