Dikecam dan sering terima gambar lucah, Baby Shima hampir berhenti menggunakan sosial media

Dikecam dan sering terima gambar lucah, Baby Shima hampir berhenti menggunakan sosial media namun terus berfikiran positif kerana perkongsian terbabit hanya melibatkan kerja.

Menurut MStar, Shima atau nama penuhnya Nor Ashimah Ramli, 30, berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan mengingatkan diri bahawa semua perkongsian di media sosial hanya berkaitan kerja.

“Apa yang saya kongsikan di media sosial semuanya berkaitan dengan kerja. Sedihnya juga ada sahaja nak kecam dan tak kurang juga sering menerima gambar lucah.

“Ada ketika ia membuatkan saya terfikir untuk berhenti dari sebarang akvititi perkongsian di sosial media.

“Namun ini adalah kerja saya dan rasanya tidak perlu ambil peduli sangat dengan kata-kata yang boleh membuatkan saya rasa down,” demikianlah kata penyanyi Baby Shima.

Baru-baru ini Shima mendedahkan nama dan gambar seorang lelaki yang menghantar gambar bogel kepadanya.

Hantaran tersebut kemudian dipadam dan Shima berkata, dia berbuat demikian supaya dapat memberi pengajaran kepada peminat supaya tidak lagi melakukan perbuatan sebegitu.

“Kalau berani kirim gambar yang tidak senonoh, kenapa tak berani jawab atau munculkan diri apabila saya letakkan wajah sebenar individu itu di media sosial.

“Saya kongsikan gambar tersebut sebagai pengajaran, bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk semua wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati di media sosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pendapat segelintir netizen bahawa penampilannya yang seksi mengundang perhatian lelaki gatal, Shima tidak bersetuju.

Penyanyi lagu ‘Lalai’ ini berkata, semua itu bergantung kepada pemikiran seseorang yang didorong oleh nafsu mereka sendiri.

“Saya masih tahu menjaga batas dan tidaklah terlalu seksi sehingga tayangkan lurah atau memakai skirt pendek.

“Pemikiran seseorang itu yang melampau dan menyebabkan penampilan saya ini dianggap seperti mudah menerima godaan lelaki sebegitu,” ujarnya.

Baca Juga: Chubb-E kecewa adegan wanita separuh bogel dibuang daripada sedutan video muzik

Baca Juga: Pemuda sewa kereta RM1 sebulan, selepas 5 tahun tidak sangka ini yang terjadi