Ditawarkan kerja pembersihan di kasino, tapi bila sampai eh kena jadi scammer pula

Niat pasangan terima tawaran kerja di luar negara adalah untuk meringankan beban disamping mengumpul duit untuk perkahwinan mereka namun tragisnya apabila tiba di sana, mereka dipaksa pula menjadi scammer.

Seorang mangsa, Wani, 30, berkata, pada mulanya dia ditawarkan untuk bekerja di Kemboja sebagai pekerja pembersihan di kasino dengan bayaran gaji AS$1,000 (RM4,722) sebulan lapor Kosmo.

Demi mengumpul dana untuk persiapan perkahwinan, wanita itu terus bersetuju menerima pekerjaan tersebut tambahan pula dengan gaji yang diberikan pastinya akan meringankan bebannya.

“Saya dan tunang menerima tawaran pekerjaan ini, namun terperanjat apabila dipaksa menjadi scammer dengan menipu orang tempatan untuk membuat pelaburan wang digital.

“Jika enggan bekerja, mereka meminta kami bayar RM15,000 untuk pulang ke Malaysia,” katanya di sini semalam.

Salwani berkata, sepanjang berada di sana, mereka dikurung di sebuah bangunan yang juga pusat penginapan dan operasi sindiket tersebut.

Ujarnya, sepanjang tempoh tiga bulan di sana, dia hanya menerima sekali bayaran iaitu sebanyak AS$400 (RM1,888).

“Mangsa sindiket juga terdiri daripada pelbagai warganegara termasuklah Malaysia, Indonesia, China dan India,” ujarnya.

Walaupun menjadi mangsa keadaan, tidak ada satu orang yan berani membantah kerana ada mangsa yang dipukul, dimaki malah diacu pistol jika ada yang berani melawan.

Mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja turut mendedahkan pergerakan mereka sentiasa dipantau walaupun ketika mereka keluar mencari barangan keperluan harian.

Baca Juga: Jiran asyik merungut anak bising waktu tengah malam, bila tunjuk bukti terus terdiam

Baca Juga: Ibu bapa sayangkan akhlak anak jangan bagi mereka ‘follow 3 bad influencer’ ini