Doa di ‘tanah kebun’, akhlak adik istimewa ini dipuji netizen

Akhlak mulia merupakan tunggak keperibadian kepada individu, apatah lagi ia adalah cerminan kepada keluarga yang mendidik kita.

Biasanya kita akan lihat, orang yang berakhlak mulia ini disenangi ramai dan pandai menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan.

Begitu juga anak istimewa dari Indonesia ini, sebuah rakaman yang tular baru-baru ini menunjukkan dia sedang berdoa di tanah kebun.

Rupa-rupanya anak istimewa itu pada awalnya menyangkakan tanah tanaman pokok itu adalah kubur.

Tanpa mengetahui keadaan sebenar, dia pun terus berdoa di tepi tanah tanaman pokok itu.

Apabila menyedari anak istimewa itu berdoa di tanah kebun, ibunya terus memberitahu bahawa di situ bukan kubur.

Anaknya yang tersipu-sipu malu dilihat berlari pergi dari situ sambil ketawa.

Bagaimanpun, tindakan anak istimewa itu mendapat pujian netizen yang memenuhi ruangan komen.

“Anak soleh, pandai dia…,” puji seorang netizen kepada anak istimewa itu.

Seorang lagi netizen pula menyifatkan kanak-kanak itu seorang yang bijak.

“Walaupun salah bukan kubur, tetapi anak ini bijak. Dia tahu apa perlu dilakukan apabila berada di kubur dengan membaca doa,” komen seorang pengguna laman sosial itu.

Baca Juga: Tiada produk keluaran Mie Sedaap mengandungi racun perosak dijual di negara ini

Baca Juga: 4 ubat batuk, selsema Maiden Pharmaceutical tidak berdaftar di negara ini