Doktor tampar kanak-kanak sebab mencarut depan muka

Seorang doktor bertindak menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kerana terasa dihina oleh pesakit di sebuah hospital di wilayah Nakhon Pathom, Thailand. Doktor tersebut juga enggan memberi rawatan kepadanya hanya kerana dicarut.

Menurut si ibu yang dikenali sebagai Sutharat, dia membawa anaknya ke hospital berkenaan kerana mengalami serangan asma. Difahamkan, kanak-kanak itu duduk di atas ribanya sambil bermain permainan ketika menunggu untuk dirawat.

Hendak dijadikan cerita, permainan terbabit terkena pada wajahnya sehingga menyebabkan budak berusia tiga tahun itu mencarut lapor laman berita Thaiger.

“S*t*n benda ni terkena mulut saya.”

Doktor tersebut yang terkejut dengan carutan itu bertindak menampar kanak-kanak tersebut sehingga membuatkan dia menangis. Ketika dipersoal mengenai tamparan tersebut, doktor tersebut dengan selamba berkata dia melakukan hal yang sama kepada anaknya sendiri.

Sangka carut ditujukan buat dirinya

Doktor tersebut mendakwa bahawa tindakannya itu adalah kerana menyangkakan kanak-kanak terbabit mencarut kepadanya.Dia akhirnya mengaku bersalah serta akan berjumpa dengan keluarga kanak-kanak itu untuk meminta maaf.

Ujar doktor itu lagi, dia berada dalam keadaan tertekan kerana keluarganya baru sahaja pulih daripada jangkitan Covid-19.

Baca Juga: Padah hisap vape, doktor terpaksa tebuk paru-paru pesakit untuk mudahkan bernafas

Baca Juga: Realiti gaji jururawat di Malaysia cuma RM1.5k, bila kerja di Singapura dibayar lebih RM7,000 setaraf doktor pakar