Bukan main lagi manis mulut ketika menjual produk, segala janji ditaburkan untuk memastikan pelanggan membeli dengan mereka agar dapat komisyen tinggi. Namun apabila hutang baru dua bulan tak dibayar sudah berlagak seperti ahlong si pengutip hutang.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di Facebook Liyanna Yan apabila seorang ejen Coway sanggup memberikan butiran peribadi dirinya kepada umum selepas dia gagal membayar pelan yang sepatutnya selama dua bulan.
Hutang RM260 sahaja tapi dilayan seperti penyamun
“Hutang baru RM260 baru sangkut 2 bulan Coway Malaysia viral kita serupa kita ni penyamun. Memang aku akui aku tengah susah sekarang, dah dua bulan tak kerja atas masalah kesihatan tapi aku ada jalan nak selesaikan tunggakan ini.
“Semua orang ada masalah semua orang pernah hadapi waktu-waktu sulit dalam hidup tapi aku tak sangka ejen Coway Alor Setar ni sanggup viral sampai macam ni sekali.
“Ini lebih pada hutang “ah along” lagi nilai tilam hampa tu lebih mahal daripada maruah aku tak apa aku dah tak kisah kalau nak menjatuhkan maruah aku.”
Wanita persoal kenapa butiran peribadi didedahkan
Pastinya semua tahu, butiran peribadi pelanggan tidak boleh didedahkan kepada umum tidak kira sebesar mana sekalipun masalah kerana ia boleh dikira melanggar undang-undang dengan mempamerkan butiran tersebut.
“Tapi aku nak tanya pihak Coway Malaysia di manakah etika jualan langsung yang anda amalkan? Di mana kerahsiaan syarikat maklumat peribadi pelanggan di dedahkan di khalyak ramai sewenang wenangnya? Semua ni termaktub dlm Akta Jualan Langsung.
“Kepada semua yang nak beli barangan Coway secara ansuran bulanan beringatlah jangan nasib seperti aku menimpa anda semua. Bukan aku saja sebelum ni pun ada lagi yang di viral cuma tak letak gambar saja.”
Alasan viral sebab di blok padahal tidak
Bila ditanya soal penularan maklumat peribadi, mulalah ejen tersebut menyalahkan wanita kerana pelanggan tersebut dikatakan sudah blok dirinya di semua tempat.
“Alasan dia viral katanya aku blok? Aku tak pernah blok mesej dia sampai elok ja. Aku duduk di kampung line kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada.
“Masa nak suruh beli macam-macam hang pujuk suruh beli bila sangkut mcm ni sekali hang sanggup buat. Harap perkara ni dapat perhatian dari pengurusan COWAY Malaysia dan Coway Alor Setar.”
Antara komen netizen
“Saman malu je orang buat ni dik.”
“Salah ni buka aib orang. Nak bergaduh pergi la cari rumah dia. Ini tindakan orang penakut dan tak ada maruah. Dia deak dengan hang kenapa nak kena bagi tahu semua orang.”
“Yang aku tahu ejen Coway ni kalau pelanggan yang ambil bawah mereka tapi tak buat bayaran, Coway akan potong gaji ejen tersebut. Mungkin disebabkan itu ejen tularkan sebab tak tahan gaji kena potong sebab masalah orang lain”.
Buat pembeli, belilah barang yang anda yakin mampu bayar, buat penujual belajar adab berniaga.
Baca Juga: Khusyuk baca berita sampai tak sedar tertelan lalat undang gelak tawa