Penantian satu penyiksaan, namun wanita ini tetap gigih menunggu ibunya untuk membawanya pulang ke rumah hingga sanggup menunggu dua bulan lamanya. Namun yang dinanti tetap tak kunjung tiba.
Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi menemukan jalan buntu untuk membantu wanita yang kelihatan tidak terurus itulapor TheThaiger.
Ketika ditanya mengenai maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk membantunya mencari ibunya, dia malah tidak ingat dan tidak mampu memberikan sebarang maklumat.
Wanita tersebut hanya memaklumkan bahawa dia baru sahaja pulang dari luar negara dan disuruh menunggu di Pintu 4 di tingkat pertama lapangan terbang hingga ibunya datang jemput.
Tidak hanya meminta duit daripada pelancong, wanita tersebut juga dikatakan mencuri makanan di kedai serbaneka di lapangan terbang berkenaan.
Kisah wanita itu mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga pihak berkuasa Thailand meletakkannya di bawah pusat perlindungan untuk golongan gelandangan. Pihak berkuasa juga akan berusaha mengenal pasti asal usul wanita tersebut dan keluarganya.
Baca Juga: Rumah tangga Sharifah Sakinah dengan Michael akhirnya musnah-“Kami berdua akan bercerai, bye-bye”