Dua lagi individu ditahan SPRM berhubung kes rasuah kuota pekerja asing

Dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kuota pekerja asing. Sebelum ini, lapan individu telah ditahan berkenaan kes ini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 30an dan 50an itu masing-masing ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan ditahan pada pukul 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM lapor Utusan.

Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan.

Seorang lagi lelaki disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.

Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua lelaki itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Semalam, SPRM menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman tiga hari, manakala dua lagi masing-masing seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Kata beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Baca Juga: Potong elektrik 5 premis untuk elak kedai teruskan perniagaan judi dalam talian

Baca Juga: Kerana ibu takut bil elektrik tinggi, suami halau isteri 2 hari dikahwini