Mayat dua beradik perempuan Dalit ditemui tergantung pada pokok di negeri Uttar Pradesh, utara India, selepas mengesyaki mangsa-mangsa tersebut dirogol sebelum digantung kata polis pada Khamis.
Bercakap kepada akhbar, pegawai polis daerah Sanjeev Suman berkata enam tertuduh telah dikenal pasti dan ditahan. Seorang daripada suspek telah ditembak di kaki semasa penahanan, kata Suman.
“Gadis-gadis itu telah dipancing ke ladang dan dirogol oleh dua tertuduh. Manakala yang lain mencekik mereka sehingga mati selepas gadis-gadis itu memaksa tertuduh mengahwini mereka.”
Dalit berada di bawah sistem kasta Hindu dan masih tertakluk kepada keadaan tidak boleh disentuh. Undang-undang wujud untuk melindungi Dalit tetapi kekejaman terhadap masyarakat terpinggir tidak berkurangan.
Dalit ialah istilah yang digunakan untuk mereka yang dahulunya dikenali sebagai ‘tidak boleh disentuh’. Mereka sering dipulaukan, dan ini membawa kepada pengasingan dan penganiayaan oleh mereka yang berada dalam kasta yang lebih tinggi.
Menurut kenyataan polis sebelum ini, dua beradik perempuan ditemui tergantung pada pokok di ladang tebu yang terletak beberapa batu dari rumah mereka di daerah Lakhimpur Kheri pada petang Rabu.
Keluarga kanak-kanak perempuan itu mendakwa mereka diculik dan dibunuh oleh tiga pemuda dari kampung jiran.
Terkenal dengan keganasan terhadap wanita dan Dalit, Uttar Pradesh ialah negeri paling ramai penduduk di negara itu dengan lebih 200 juta orang.
Baca Juga: Merajuk tak dapat ganja, lelaki sanggup duduk atas bumbung sampai dua hari
Baca Juga: Sempena Hari Malaysia, pimpinan Harapan lancarkan kempen PRU 15 di Kuala Pilah