Sebelum ini Azri Iskandar dikatakan bakal menamatkan zaman duda bersama wanita misteri yang dikenali sebagai Azra Diera namun Disember sudah tiba tapi masih tiada khabar mengenai mereka.
Namun sudah hampir memasuki setengah bulan Disember, masih tiada khabar mengenai perkahwinan mereka.
Azri memaklumkan perancangan kahwin tersebut terpaksa ditunda kerana masih mengumpul duit untuk menghalalkan hubungan mereka.
Sebelum ini, pelakon Azri Iskandar pernah memberitahu dia ingin mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Dr Azra Diera, pada cuti sekolah hujung tahun ini lapor OhBulan!.
Sibuk dengan penggambaran
Pelakon berusia 57 tahun itu dikatakan sibuk dengan penggambaran hingga terpaksa menunda perkahwinan mereka.
“Saya dan Azra tak mungkin kahwin pada tahun ini. Tetapi kami masih berkawan. Masa itu tak sesuai memandangkan saya sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun ini.
“Saya juga tengah kumpul duit kahwin. Masih belum cukup.”
Azri dan pasangan bagaimanpun masih belum berbincang akan tarikh baru untuk majlis istimewa mereka.
Baca Juga: Nak kurus sangat, wanita patah empat tulang rusuk lepas batuk kuat
Baca Juga: Puak ‘di sana’ merasakan hanya depa memperjuangkan Islam