DUN hanya akan bubar lepas Bajet Pahang 2023 diluluskan

Banyak negeri yang masih tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Buat negeri Pahang, DUN hanya akan dibubarkan apabila bajet negeri tersebut untuk tahun 2023 diluluskan selepas dibentang pada 7 Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bajet itu perlu diluluskan terlebih dahulu kerana ia penting untuk rakyat negeri ini.

“Cuma saya boleh katakan, insya-Allah dalam masa terdekat ini. Kita mahu luluskan dahulu bajet yang dibentangkan dalam sidang Dewan.

“Perkara tersebut lebih penting untuk rakyat supaya kerajaan boleh membelanjakan untuk negeri dan rakyat.

“Kalau tidak penjawat awam pun tidak akan dapat sebulan setengah bonus. Lulus sahaja bajet ini, bila-bila masa kita bubar,” katanya dalam sidang akhbar.

Diharapkan DUN dapat dibubarkan supaya rakyat tidak perlu bersusah payah untuk mengundi dua kali dan mengambil berat faktor risiko buat negeri yang sudah menerima ancaman banjir.

Baca Juga: Pas pilih kerjasama dengan PN, tidak akan bubar Kelantan, Terengganu, Kedah

Baca Juga: DUN Perak belum bubar, masih belum dapat perkenan Sultan