Setiap orang di dunia ini dilahirkan dengan pelbagai kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Kadang-kadang kelebihan itu boleh dimanfaatkan, sama ada ketika bekerja atau melakukan aktiviti lain.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang gadis sedang menggunakan kalkulator dalam ‘live’ di aplikasi TikTok miliknya.
Video berkenaan tular disebabkan kemahiran gadis itu menggunakan kalkulator dengan pantas.
Rata-rata warganet terkesima melihat kepantasan gadis itu mengira menggunakan kalkulator.
Pada masa sama, ada juga warga maya yang tertanya-tanya bagaimana gadis itu berjaya mengira dengan begitu cepat sekali.
“Laju gile dia kira,”
“Ni dikatakan sudah terlalu mahir dalam kerja,”
“Kalau aku 10 kali cek balik,” kata netizen yang meninggalkan komen dalam video tersebut.
Baca Juga: Tak tahan bising mesin ventilator, warga emas matikan mesin bantuan pernafasan dua kali