Gaduh manja, Nabila tak padam gambar suami tapi arkib sahaja

Sebelum ini timbul isu mengenai Noor Nabila dan Engku Emran selepas Nabila dikatakan memadam semua gambar bersama suami di media sosial miliknya namun ditepis selepas Nabila memuat naik video solat jemaah bersama suami tersayang.

Susulan spekulasi berkenaan, Nabila tampil menjelaskan bahawa hubungan dia dan suami, Engku Emran masih lagi kukuh dan harmoni. Gambar bersama juga diarkib selepas berlaku salah faham hingga menyebabkan Nabila geram.

Menerusi temu bual bersama GEMPAK, Nabila memberitahu gambar-gambarnya bersama suami tidak dipadam sebaliknya hanya diarkibkan kerana masalah kecil yang dialami.

Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama… Doakan kami..Biasalah dalam perkahwinan ini ada naik turunnya. Masa itu saya tengah geram jadi saya arkibkan saja gambar-gambar itu, tidak padam.”

Tambahnya lagi, dia tidak terkejut dengan khabar angin yang timbul kerana sudah lali dengan perkara tersebut.

“Kita dah tahu implikasinya sebab Lofa dan keluarga selalu jadi perhatian. Terkena tempias-tempias Lofa itu sudah biasa. Tetapi saya perlu berhati-hati.”

Biasalah netizen mana boleh isu-isu bercerai antara selebriti ini, pasti semua mahu jadi wartawan tak berbayar dalam menyebar spekulasi dan berita palsu.

Baca Juga: Noor Nabila kongsi gambar bersama Engku Emran, tepis spekulasi rumah tangga goyah

Baca Juga: Rompak lebih setengah juta ringgit duit bapa saudara, lepas agih wang, rakan siap guna sebagai hantaran kahwin