Gaji minimum dinaikkan RM1,500, wanita bingung dibuang kerja

Gaji minimum dinaikkan RM1,500, wanita bingung dibuang kerja. Sejak negera mula dilanda pandemik, ramai yang terpaksa bersusah payah mencari pekerjaan baru selepas hilang mata pencarian.

Jadi bila dapat peluang, tanpa memikir panjang kita pasti akan terus mula bekerja tambahan ramai lagi yang turut berpusu mencari pekerjaan ketika ini.

Tetapi satu perkongsian video di TikTok milik @notscha_ ini telah mengejutkan ramai orang.

Melalui video yang dimuat naik itu, difahamkan wanita itu diberhentikan kerja serta-merta tanpa diberitahu malah status pekerjaannya itu hanya diketahui selepas majikannya terus remove dirinya dari group Whatsapp pejabat.

Esok takyah datang kerja, gaji tunggu 5hb ni

Namun, apabila ditanya punca dirinya diberhentikan kerja tanpa sebarang notis atau pemberitahun, majikan menyatakan bahawa kerajaan telah menghantar surat menyatakan minum gaji sekarang ialah RM1,500.

Sebab kerajaan hantar surat kata kena bayar RM,1500… So I terpaksalah buat keputusan ini… Sorry – Majikan

Perkara ini mengejutkan para pengguna TikTok yang rata-rata memberi nasihat agar wanita ini segera melaporkan kejadian ini kepada pihak bertanggungjawab kerana diberhentikan kerja tidak mengikut prosedur yang betul.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa setiap pekerja di Malaysia dapat menikmati penetapan kadar gaji minimum, RM1,500 sebulan bermula 1 Mei 2022.

Baca Juga: https://themalaysialife.com/mayat-model-rusia-dijumpai-dalam-beg-lepas-setahun-hilang/