Gegar Vaganza 9 dibarisi artis terkenal, persaingan yang ditunggu-tunggu

Gegar Vaganza selalunya dihiasi artis yang sudah lama tidak menyanyi di atas pentas. Namun kali ini ia dibarisi oleh artis-artis terkenal yang masih aktif di pentas untuk pertandingan kali ini.

Kembali dengan musim baru, 16 penyanyi bakal berentap untuk merebut gelaran juara selama 10 minggu pertandingan berlansung.

16 penyanyi yang bakal mempertaruhkan nasib kali ini terdiri dari enam penyanyi solo lelaki dan wanita serta sebuah kumpulan sebagai saingan.

Barisan peserta Gegar Vaganza

Enam bintang solo lelaki membariskan:

  • Tomok
  • Bob Yusof
  • Roy Capella
  • Asheed Def Geb C
  • Hazrul Nizam (peserta Singapura)
  • Fuad Rahman (peserta Singapura)

Penyanyi solo wanita:

  • Jaclyn Victor
  • Dina Nazir
  • Shila Amzah
  • Pat Candy
  • Haida
  • Tom Fara

Kumpulan:

VE (dianggotai Zaf, Cham, Adeep dan Hakim)

GV9 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan 100 peratus markah daripada barisan juri profesional. Barisan juri masih sama seperti musim lalu iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Kelainan pada kali ini hanyalah pengacara sahaja apabila tidak dapat kita dengan usikan manja daripada Jihan Musa yang sedang sarat mengandung serta digantikan oleh Elly Mazlein dan Nabil Ahmad.

Baca Juga: Masuk pertandingan suka-suka sahaja, Ifa Raziah tak hadap pun RM100 ribu

Baca Juga: Payah nak dapat kerja dekat Korea, wanita ini kongsi pengalaman diminta buka tudung jika nak bekerja