Berita mengenai gempa bumi semakin kerap dilihat di kaca televisyen mahupun portal online. Terbaru, gempa bumi di Cianjur bermagnitud 5.6 mengorbankan banyak nyawa dan angkat korban meningkat kepada 321 mangsa.
Kebanyakan mangsa terbunuh akibat bangunan runtuh atau tanah runtuh lapor agensi mitigasi bencana nasional.
Ketua Agensi Mitigasi Bencana Suharyanto berkata, penyelamat menemui tiga lagi mayat, manakala lapan mayat ditemukan pada Sabtu lalu.
“Dengan penemuan ketiga-tiga (mayat) ini, sehingga hari ini, jumlah kematian menjadi 321 orang,” kata Suharyanto dan mengesahkan 11 orang masih hilang.
Akan teruskan pencarian
Pencarian akan diteruskan oleh pasukan penyelamat hari ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan di mana mereka yang hilang dipercayai tertimbus, kata ketua agensi mencari dan menyelamat Jawa Barat, Jumari.
Gempa bumi itu merosakkan lebih 62,000 rumah dan memaksa lebih 73,000 orang berpindah ke sekurang-kurangnya 325 pusat perlindungan, kata Suharyanto.
Baca Juga: Tak tahan dikejar pengutip hutang anak, ibu nekad nak jual buah pinggang
Baca Juga: Dinobat juara GV9, Jaclynn Victor berhasrat mahu serahkan RM100,000 kepada dua anaknya