Baju putih memang senang ada kesan kuning kalau lama tidak dipakai, dan selalunya kita lebih memilih untuk membuang dan membeli baju yang baru. Tapi dengan empat bahan ini baju putih anda akan bebas tompok kuning.
Kekotoran itu terjadi akibat peluh yang mengandungi garam serta kesan penggunaan deodoran setiap hari. Hal itu menyebabkan baju cepat rosak apatah lagi untuk menghilangkan kesan kuning itu sukar.
Lelaki ini kongsikan cara mudah untuk menghilangkan tompok kuning pada baju putih, sangat mudah dan berkesan.
Bahan-bahan:
- Ubat gigi
- Baking soda
- Air panas
- Pencuci baju
Cara-cara:
Campurkan semua bahan ke dalam baldi dan rendamkan baju anda selam 30 minit. Tompoh kuning hilang dan baju anda kelihatan seperti baru.
@jason_jezi Share kpd kawan2 yg banyak baju Putih simpan sampai kuning #TikTokGuru #jombelajar #tips #jezismart #learnontiktok
Nak tahu lagi satu cara unik yang mungkin pelik tapi berkesan?
Guna paracetamol
Hancurkan empat biji paracetamol sebelum campurkan sedikit air untuk melembutkannya. Sapu ke bahagian yang terkesan dan cuci seperti biasa.
Tapi sekarang paracetamol susah nk dibeli sebab selalu habis stok. Harap habis sebab demam dan bukan sebab basuh baju ya. Kesian orang sakit cari paracetamol tapi habis.
Baca Juga: Lelaki cuba tip hilangkan gam cap gajah di tangan, netizen panik sekali sebab lama sangat