Awas buat pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta sehingga sanggup berkongsikan gambar lucah dan video bogel masing-masing.
Jangan menyesal kemudian hari jika aksi ghairah anda itu bila-bila masa saja pada masa akan datang bakal membeliakkan mata ibu bapa dan keluarga anda!
Seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan bekas pelajar universiti mendedahkan bagaimana malunya dia apabila video bogelnya disebarkan sendiri oleh bekas teman wanita.
“Puncanya ialah saya ingin memutuskan hubungan dengannya. Ketika itu dia mengugut untuk menyebarkan video saya.
“Pada mulanya, saya tidak percaya namun selepas sebulan memutuskan hubungan saya dapati video saya sudah tersebar di internet,” dipetik Metro Ahad.
Menurutnya, akibat penyebaran video terbabit dia membuat keputusan untuk berhenti belajar di sebuah universiti.
“Saya memang malu apabila ditertawakan rakan kuliah, malah pensyarah juga mengetahui berhubung video bogel berkenaan.
“Saya trauma dengan kejadian itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan namun bernasib baik keluarga memahami keadaan saya ketika itu,” katanya lagi.
Baca juga Ada nenek hilang RM1 juta, ramai tertipu panggilan LHDN dan polis, ini 5 kes mangsa Macau Scam