Buat wanita, pastikanlah teman lelaki anda itu benar-benar bujang dan bukannya acah bujang. Wanita ini beruntung kerana curiga daripada awal apabila lelaki tersebut hanya menghubunginya melalui Instagram sahaja.
Menerusi TikTok, wanita tersebut mendedahkan mengenai seorang lelaki yang hanya menghubunginya melalui Instagram, mungkin selesa baginya jadi tiada yang disyaki pada awal perkenalan.
Malah lelaki tersebut juga sering mengajak wanita tersebut untuk keluar bersamanya, makan bersama dan lelaki tersebut juga menghantar makanan ketika dia sedang kuarantin akibat Covid-19.
Namun akhirnya semua terbongkar, apabila dia meminta pertolongan ibunya yang akhirnya menjumpai e-mel sebenar lelaki tersebut dan daripada situlah dia menjumpai Facebook sebenar lelaki itu.
Bapa anak dua
“I rasa dia dah ada pasangan tapi tak jumpa bukti lagi sebab mas tu masih lagi mencari sebab dia tak gunakan nama sebenar. Jadi saya minta bantuan ibu dan ibu bagi e-mel sebenar dan nombor yang sama (kami jarang berhubung dekat WhatsApp).
“Semua gambar dapat melalui fb dan lain lain sebab dah tahu nama betul dia. Jadi daripada semua tu saya dapat tahu yang dia dah berkahwin dan ada anak.”
Jumpa e-mel tapi nama sebenarnya lain
Akhirnya e-mel sebenar dijumpai dan lelaki tersebut menggunakan nama sebenarnya dan daripada situ wanita tersebut terus siasat hinggalah menjumpai nama sebenar.
“Semuanya disebabkan bantuan ibu saya, lagipun IG betul dia bukan IG yang sama digunakan untuk video call saya, sebab tu susah untuk siasat siapa sebenarnya lelaki tersebut.
Wanita tersebut mengaku sudah melupakan segalanya namun memuat naik hantaran tersebut dengan harapan dapat memberi pengajran kepada lelaki tersebut.
https://www.tiktok.com/@dalilifatini/video/7174055158928674074?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7172370033997432321
Netizen memuji tindakan wanita tersebut yang memutuskan untuk meninggalkan lelaki tersebut dan bukannya merosakan rumah tangga orang.
“You did the right thing girl. Never let other woman down. Kita tahu hati perempuan,” komen pengguna TikTok.
“Hampir terjebak dengan suami orang juga, nasib baik isteri dia berhubung dan cerita benda sebenar. Rupanya dah banyak kali jadi aku buat keputusan untuk putuskan, tak mahulah jadi orang ketiga,” komen pengguna TikTok.
“Tak dapat bayangkan kalau isteri dia tahu, pasti hancurnya hati,” komen pengguna TikTok.
“Syukur, harap satu hari nanti dapat yang lebih baik. Elok jauhkan diri daripada suami orang, pengalaman yang mematangkan,” komen pengguna TikTok.
“Tak semua perempuan mcm awak, terima kasih masih fikir perasaan isteri dan anak dia. Semoga awak dapat lelaki yang sesuai dgn awak,” komen pengguna TikTok.
Baca Juga: Saman syarikat walaupun gaji RM560,729 setahun, alasannya buat orang bingung
Baca Juga: Undang-undang kunci tayar: MPKB, kerajaan Pas Kelantan berpotensi disaman pemilik kenderaan