Harap dapat pulihkan keyakinan rakyat, Anwar tolak gaji Perdana Menteri

Tunaikan janii yang ditabur pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Perak pada 20 Oktober lalu. Datuk Seri Anwar Ibrahim tolak gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri untuk pulihkan keyakinan rakyat.

Namun tidak dapt dipastikan berapa lama pemotongan tersebut akan berlaku. Anwar dalam masa yang sama mengharapkan pemotongan gaji tersebut dapat memulihkan keyakinan rakyat.

“Saya sudah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat negeri tanpa mengira agama atau memikirkan gaji, maka saya memilih menolak gaji Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Sungai Long Golf & Country Club, semalam.

Elaun Menteri dan Timbalam Menteri juga akan dipotong

Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberi jaminan yang langkah sama akan turut dilaksanakan dalam kalangan menteri dan timbalan menteri lapor Utusan.

Katanya, perkara itu akan dilakukan kerana memahami keperitan dan kepayahan rakyat yang terpaksa meneruskan hidup dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Baca Juga: Anwar selesai angkat sumpah Perdana Menteri Ke-10

Baca Juga: Begitulah roda kehidupan, tahniah PM-10!