Harap privasi dihormati, Neelofa tak akan sembunyikan Bilal selamanya

Walaupun dikatakan sengaja menyorok wajah anaknya daripada umum, Neelofa tidak pernah melatah malah percaya dia tidak akan menyembunyikan wajah anak sulungnya itu selamanya namun mengharapkan agar privasi keluarganya dihormati.

Noor Neelofa Mohd Noor, 33, lebih selesa berkongsi wajah anaknya apabila waktu yang sesuai sudah tiba dan bukan dalam keadaan yang dipaksa-paksa.

Muhammad Bilal Muhammad Haris yang kini berusia lapan bulan sudah boleh merangkak dan pastinya Neelofa dan suaminya akan membawa anak mereka itu untuk keluar bersiar-siar

“Bilal sudah boleh merangkak dan tidak lama lagi akan berjalan. Pada waktu itu, saya dan Haris pasti akan membawanya bersiar-siar di taman atau bercuti.

“Tiada sebab untuk saya sekat orang daripada melihat wajah Bilal apabila terserempak. Cuma, saya harap keadaan itu berlaku secara semulajadi.

“Saya tidak akan halang mereka yang ingin melihatnya apabila kami di luar. Nama pun di kawasan umum, sudah tentu ramai orang yang akan kami jumpa,” katanya.

Neelofa berkata sebagai ibu bapa, dia dan Haris akan memastikan keadaan terkawal untuk keselesaan Bilal apabila ada yang ingin mengambil atau melihatnya satu hari nanti lapor Utusan.

“Kami akan memastikan keadaan terkawal dan masa bersesuaian jika ada yang mahu melihat atau bergambar.

“Apa yang saya harapkan, mereka menghormati privasi kami sekeluarga. Saya tidak akan sembunyikan Bilal bila orang ternampak.

“Setakat ini, saya bersyukur kerana peminat menghormati ruang privasi kami,” katanya.

Baca Juga: ‘Nampak sipi-sipi lubang hidung pun jadilah Bilal’, Neelofa tak habis-habis tayang tubuh anak tapi sorok wajah

Baca Juga: Buat perniagaan mesin layan diri, Zul Ariffin jumpa rumah 5km dari Masjidil Haram