Harimau Zoo Melaka kurus kering, pengunjung kecewa bayar tiket mahal cecah RM400

Pengunjung Zoo Melaka menyuarakan rasa kecewa apabila mendakwa bahawa seekor Harimau Putih Bengal kelihatan terlalu kurus. Tambahan pula, klip video yang memaparkan keadaan haiwan itu turut menjadi viral di media sosial sejak Sabtu lalu.

Klip video berdurasi 0.22 saat itu dikongsi di platform TikTok oleh pengguna bernama Nurul Z, yang menggesa agar haiwan tersebut dipulangkan ke habitat asalnya.

Hantaran itu menerima lebih daripada 500 komen, dengan kebanyakan daripadanya mengkritik tahap penjagaan terhadap haiwan tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa pihak Zoo Negara patut mengambil tindakan segera terhadap haiwan malang tersebut.

Seorang pengguna yang meninggalkan komen menyatakan bahawa dia membawa keluarganya ke zoo tersebut dan telah menghabiskan kira-kira RM400 untuk pembelian tiket. Namun, dia pulang dengan perasaan sedih setelah melihat keadaan haiwan tersebut.

“Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa family masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian,” tulisnya.

“Zoo Melaka binatang nya memang nampak tak cukup zat, tiket kemain mahal,”tulis pengguna D.Lin Aamina.

Baca juga: “Dari sebelum pisah kau tak pernah single la perempuan”- Fizi Ali hilang sabar, bengang dinafikan hak untuk berjumpa anak sendiri