Hebatnya kasih seorang ayah demi lihat anak bahagia

Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk melihat anak-anaknya bahagia walau dengan apa cara sekali pun.

Lain orang lain caranya, dan itu yang dilakukan seorang bapa untuk menggembirakan anaknya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, bapa tersebut dilihat mengambil mainan berbentuk troli berwarna pink yang dibuang di tempat pembuangan sampah.

Bapa itu kemudiannya membawa balik troli berkenaan, dan membasuhnya sebelum diberikan kepada anak-anaknya.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anaknya apabila mereka mendapat mainan itu walaupun ianya diambil daripada tempat pembuangan sampah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan lelaki berkenaan.

“Bahagia dapat kecapi dengan pelbagai cara… yg penting si comel tu tersenyum riang,” komen seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula menyifatkan lelaki itu seorang ayah yang hebat.

“Bapa yang hebat, semoga dimurahkan rezeki,”

Bapa tersebut membalas komen dengan menyifatkan seorang ayah akan faham kegembiraan anak merupakan satu kebahagian.

Baca Juga: Netizen mual bila nampak haiwan tak diundang dalam makanan

Baca Juga: Serah tubuh sebagai bukti cinta, pelajar wanita hanya dipermainkan