Hidup miskin, isteri mengandung maut dipukul dan dibakar suami

Enggan mengikut arahan suami untuk menggugurkan kandungan seorang isteri maut selepas dibakar dengan silinder gas.

Wanita daripada Lubanan telah bertarung nyawa selama 11 hari di hospital selepas dipukul kemudian dibakar sehingga melecur hampir seluruh badan.

Hana Mohammed Khodor, 21, disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital Al Salam di utara Lubnan, pada Rabu.

Doktor hospital berkenaan berkata, Hana menerima rawatan sejak 6 Ogos lalu kerana melecur pada seluruh badan.

Anak yang dikandung Hana juga disahkan meninggal dunia dan sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.

Doktor pada masa itu memaklumkan peluang Hana untuk pulih sangat tipis.

Rakan keluarga mangsa, Abdul Rahman Haddad berkata, Hana meninggal dunia pada Rabu lalu, dan kematiannya disahkan oleh pegawai hospital.

Beliau berkata, jenazah wanita itu sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

Menurut laporan media tempatan, suami Hana memukulnya kerana dia enggan menuruti arahan untuk menggugurkan kandungan.

Pasangan itu berasal dari keluarga miskin di pekan kecil di Tripoli dan tidak mampu menjaga bayi itu jika dilahirkan kelak.

Suami mangsa sudah ditahan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara.

Baca juga: Dunia gelap, murung, hilang semangat nak hidup, luah seorang lagi mangsa penipuan ‘scammer’ lesap RM163K

Baca juga: Jiran datang nak pinjam pam racun tapi jumpa mangsa berlumuran darah