Mahu pelajari agama Islam kembali, Bella Hadid tak kisah hilang kerja sebab sokong Palestin

Hilang sumber pendapatan dan rakan hanya kerana anti Israel, Bella Hadid tetap teruskan sokongan perjuangan Palestin di sosial medianya. Dia mendakwa banyak syarikat yang berhenti bekerjasama dengannya hanya kerana dia adalah anti Israel.

“Saya tak sangka ada rakan yang saya anggap seperti keluarga tergamak menjatuhkan saya, tujuh tahun saya habiskan masa dengannya, kini tidak membenarkan saya masuk ke rumah mereka,” kata model itu.

Dia juga kesal dengan iklan yang dipaparkan di New York Times semasa Operasi Penjaga Tembok tahun lepas, memaparkan wajah Bella, kakaknya Gigi dan Dua Lipa berhubung imej serangan roket Hamas.

“Ia sangat mengecewakan, begitu banyak nyawa yang telah terkorban kerana isu ini.”

Mahu pelajari dan amalkan Islam kembali

“Saya ingin membesar dan bersama ayah saya setiap hari dan belajar dan benar-benar dapat mengamalkan [Islam], secara amnya dapat hidup dalam budaya Muslim.”

Bella mahukan kembali sisinya sebagai rakyat Palestin untuk menjadi pemangkin dan menggunakan sosial media sebagai landasan untuk menyebarkan kesedaran tentang orang Israel kepada lebih 58 juta pengikutnya di Instagram.

“Saya bercakap tentang [perkara ini] untuk warga tua yang masih tinggal di sana, yang tidak pernah dapat melihat Palestin bebas, dan untuk kanak-kanak yang masih boleh membesar dan mempunyai kehidupan yang indah,” katanya.

Baca Juga: Selepas Gigi, Bella Hadid pula mahu sumbang gaji kepada mangsa Ukraine

Baca Juga: Rakyat mengeluh isu ketiadaan parkir setiap kali kondo baru naik, LRT pun tiada, dibina entah dekat mana