Hilang tak dapat dikesan, mahkamah arah tangkap bekas pengasas tudung Aidijuma

Hilang tak dapat dikesan, mahkamah arah tangkap bekas pengasas tudung Aidijuma. Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Harian Metro, arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak berikutan kegagalan Norjuma untuk memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Sebelum ini, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Peguam pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak ada di kediamannya hari ini.

Menurutnya pihaknya akan memohon tarikh baru untuk permohonan waran tangkap ke atasnya sekali lagi.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,”katanya.

Baca Juga: Kali ini KWSP akan bayar terus RM10,000, tak ada lagi bayar sikit-sikit

Baca Juga: Hapuskan ‘daftar masuk’ MySejahtera ketika fasa peralihan endemik