Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan

Rasa sakit suami dirampas orang tak dikenali tak sesakit apabila orang yang kita sayang yang nekad menghancurkan kebahagiaan rumah tangga kita. Buat wanita yang berusia 40 tahun dia lebih rela melepaskan daripada terus menyakiti diri sendiri.

Wanita itu berkongsi di laman Reddit mengenai bekas suaminya yang membina sebuah keluarga dengan anak perempuannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Ingat hidup bahagia selamanya

Tiffany merasakan Mark adalah cinta terakhirnya, dan sangat gembira apabila Mark menerima dirinya dan anak perempuan yang ketika itu baru berusia 3 tahun. Namun segalanya musnah apabila Mark memaklumkan hubungan sulit yang dijalinkan bersama anak perempuan.

“Hidup saya terasa sempurna. Pada 2010, saya melahirkan seorang anak lelaki dengan suami saya. Saya ada dua anak, suami yang hebat, rumah, kereta dan kerja yang bagus. Kehidupan yang hebat.

“Suami saya kemudian memberitahu bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan anak perempuan saya dan meninggalkan saya untuk dia,” katanya.

Selepas 7 tahun menikmati bahagia, akhirnya dunianya berkecai. Mark hanya memaklumkan hubungan sulit itu selepas ulang tahun anak perempuannya yang ke-18.

Tiffany bagaimanapun tidak menghalang pasangan itu untuk meninggalkannya, manakala anak perempuannya tidak faham mengapa ibunya sangat kecewa dan marah.

“Anak-anaknya (Mark) ialah cucu saya yang juga merupakan adik-beradik tiri kepada anak perempuan saya. Ia menjijikkan. Saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya,” katanya. – Agensi

Baca Juga: Cipta pengering kasut, persembahan kumpulan adik ini kagumkan netizen

Baca Juga: ‘Tak payah beli sayur, nak masak terus petik saja’