“I derhaka ke?” – Lelaki jijik dapat tahu ibu jual diri untuk besarkan anak

Tugas ibu bapa adalah untuk menyediakan keperluan untuk anak-anak walaupun sudah bercerai namun nafkah buat anak itu penting demi kelansungan hidup mereka. Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan jijik bila dapat tahu ibunya menjual diri untuk besarkan dirinya dan adik beradik.

Menerusi Twitter @TwtWedding, individu tersebut meluahkan bahawa bapanya tidak pernah memberi nafkah selepas bercerai maka ibunya yang perlu melakukan pelbagai kerja demi membesarkan anak-anak.

“Mak berkahwin masa umur dia 18 tahun. Saya mempunyai bapa yang kaki dera. Saya tak akan mengaku dia ayah. Dia selalu pukul mak depan kami adik beradik, Saya tahu sebab saya anak sulung. Kami tanggung penderitaan ini sampailah mak dan ayah bercerai.

Tanpa bapa di sisi, wanita tersebut berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan dua anak perempuannya masih bersekolah. Tidak hanya itu, kewangan mereka juga agak stabil.

Mula curiga dengan pekerjaan ibu

Si ibu tidak pernah pukul atau meninggikan suara kepada anak-anak namun curiga si anaknya akhirnya bongkar pekerjaan sebenar si ibu.

“Dia tak pernah beritahu details di mana dia bekerja. Kadang-kadang ibu kata kerja di restoran, bila ditanya sekali lagi, jawapan ibu sentiasa berubah.”

AKhirnya dia mengetahui bahawa ibunya ‘menjual diri’ hanya kerana ingin mencari duit bagi membesarkan mereka. Lelaki tersebut terus bersemuka dengan wanita yang akhirnya mengaku melakukan pekerjaan tersebut.

“I rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, I tak nak langsung tengok muka dia. I bersemuka, dan dia mengaku. Siapa sial nak ada mak macam ni? Baik mak gugur je along dulu.”

Akui malu dan marah atas pekerjaan ibunya itu, lelaki tersebut terus keluar dari rumah dan tinggal bersama rakan. Namun dia tidak dapat melupakan raut wajah sedih ibunya.

“Saya rasa seperti anak derhaka, saya tak tahu apa nak buat. Mak bayar segalanya dari dulu sehingga sekarang dan dia tak pernah dapat atau beli apa yang dia suka.”

Lelaki ini akui buntu dan meminta nasihat serta pendapat orang ramai berhubung isu tersebut. Kebanyakkan warganet menasihatkan lelaki tersebut untuk bantu ibunya semula.

komen mengenai lelaki tersebut komen mengenai lelaki tersebut komen mengenai lelaki tersebut

Baca Juga: Bapa dua anak mati dipanah jiran kerana bising

Baca Juga: Tinggalkan tawaran dan cara lama – Bagaimana bakal YB respons kepada ‘masyarakat CCTV’?