“Ia menolak saya hingga terlambung keluar dari permukaan air,” – wanita imbas pengalaman diserang jerung

Umpama mimpi ngeri, seorang wanita mengimbas kembali detik-detik menyeramkan apabila dia sendiri pernah berhadapan dengan seekor jerung, sebelum ini.

Menceritakan keadaan itu, wanita dikenali sebagai Lyn Jutronich, 50, berkata, pada satu pagi, dia sedang terapung sambil berehat sebentar di permukaan laut.

Menurut Jutronich seperti dilapor AP, secara tiba-tiba ada sesuatu yang melanggar tubuhnya dengan hentakan kuat dan ketika itu dia sudah dapat menjangkakan ia adalah angkara ikan jerung.

“Saya rasakan hentakan yang sangat kuat. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakannya. Impak itu di antara dua kaki saya dan telah menolak saya… sangat sakit, ia menolak saya hingga terlambung keluar dari permukaan air.

“Saya dapat lihat kaki saya digigit, tak pasti jika saya sempat melihat sewaktu ia mula membaham, atau saya terlihat sewaktu ia sudah membaham kaki saya, namun saya pasti melihat mulutnya,” cerita Jutronich kepada berita KGTV.

Jutronich berkata, dalam keadaan cemas itu, dia sedaya upaya cuba menggoncangkan kakinya seperti aksi mahu ‘melepaskan kaki dari gigitan anjing’ dan jerung itu akhirnya melepaskannya.

Wanita itu memberikan temu bual sulungnya dari katil hospital iaitu tempat dia menerima rawatan sejak insiden kakinya dibaham jerung pada Jumaat sewaktu di pesisiran Laut Pasifik di Del Mar, utara San Diego.

Baca Juga:  Mahu gaya ala Victorian, Jaclyn rasa kelakar baju disamakan dengan punggung Kim Kardashian

Baca Juga: Bayi lahir dengan tumor dua kali ganda lebih besar selamat jalani pembedahan