Ibu mohon henti guna video palsu untuk paksa Syamsul Yusof kahwin

Ibu mohon henti guna video palsu untuk paksa Syamsul Yusof kahwin. Timbul isu yang mendakwa penerbit filem Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan Ira yang merupakan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi.

Memetik OhBulan! isteri kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai desas-desus tersebut.

Jangan sebar berita yang tak sahih

Kata Fatimah, dia akan menghubungi Kazar supaya berhenti mengugut anak lelakinya untuk berkahwin dengan Ira menggunakan modus operandi video palsu.

“Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih. Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!”.

Taknak keruhkan keadaan, Syamsul pilih untuk diamkan diri

Dalam pada itu, Fatimah menegaskan Syamsul memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan situasi yang sedang tegang.

Tular sebelum ini apabila sebuah blog menuliskan perihal seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.

Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.

Baca Juga: Tak saman orang ketiga sebab tak mahu panjangkan isu – Puteri Sarah Liyana

Baca Juga: Kenyataan Setiausaha Pas Selangor tidak tepat dan tidak pernah berlaku, kata istana