Tular kisah tentang seorang budak lelaki di China yang memberi ibu simpanannya sebanyak 26,420 yuan (RM17,000) yang disimpan selama lapan setengah bulan telah menghangatkan hati orang ramai di media sosial tanah besar.
Kanak-kanak lelaki yang tidak disebutkan namanya itu, dari wilayah Jiangsu, timur China, berusaha sedaya upaya untuk mengisi simpanannya dengan wang kertas dan syiling sambil menyimpan, lapor Star Video.
Selepas dia memberikan simpanan wang tunai kepada ibunya, dia meraikan detik itu dengan membuat video dirinya membuka hadiah itu.
Dalam video itu, ibu meletakkan kain ungu di bawah tabung seramik, duduk di atas lantai sambil memgang tukul di tangan kanannya. Wanita tersebut kemudia mula mengetuk sehinggan tabung tersebut terbelah dua.
Terkejut anak simpan RM17,000 dalam masa 8 bulan
Tak dapat dilindung kejutan di wajahnya apabila melihat tabung itu penuh dengan wang kertas. Kebanyakan wang kertas adalah untuk 100 yuan (RM64), serta syiling yang tertumpah.
“Wah, haha,” kata ibu dalam video itu.
“Saya simpan semua wang itu,” jawab budak itu.
Si ibu kemudiannya mengeluarkan wang kertas dari tabung dan melonggokkannya di atas lantai. Dia mengira syiling dan wang kertas dan mendapati anaknya telah menyimpan RM17,000 dalam masa lapan setengah bulan sahaja.
Netizen gambarkan budak tersebut sebagai anak idaman
“Seorang budak lelaki yang baik datang dari keluarga dengan gaya keibubapaan yang baik,” kata seorang pengulas.
Seorang lagi berkata: “Betapa budak yang sangat baik! Saya harap anak kecil saya akan mengejutkan saya seperti ini.”
Baca Juga: “Ibu sayang Damin sangat… sebab Damin sangat baik”,luah ibu remaja mangsa main bakar-bakar