Tidak habis lagi kes duit hilang di bank, lelaki ini pula terkejut sebab kena scam roti yang mahu dimakan. Sudahlah roti yang dibeli kering, inti pula lansung tidak kelihatan.
Lelaki tersebut berkongsikan inti pada rotinya yang tidak kelihatan seperti duit yang diambil scammer. Tidak tinggal satu sen sekalipun.
Pada mulanya dia bersangka baik, mungkin perasa tersebut ada pada roti namun yang dirasanya adalah hambar, sudahlah kering, tiada rasa pula.
Sudahlah tengah lapar, terpaksa pula habiskan roti yang tiada rasa. Ada netizen berseloroh menyatakan dia perlu membayar krim tersebut berasingan.
“Krim kena bayar asing tu hahaha.”
Ada juga yang menyatakan operator kilang tersebut terlupa untuk menekan inti ketika roti tersebut lalu. Walaupun harga roti tersebut hanyalah RM1 namun itu tetap wang.
“Masa tu operator terlupa nak tekan jem lah.”
@zuhannn scammer dimana mana! 🤣
Ramai yang memintanya untuk membuat laporan ke kilang tersebut, bimbang yang bukan dia seorang sahaja yang terkena. Ada juga yang menyatakan dia pernah terkena dengan jenama sama.
“Boleh buat laporan bang, emel dekat syarikat tersebut. Mana tahu dia bagi roti percuma selama setahun.”
“Jenama ni la aku kene perisa coklat krim die hujung je ada.”
Diharapkan syarikat lebih mementingkan kualiti, duit dapat tapi barang yang dibeli tidak memuaskan. Lebih baik menjaga kualiti daripada hanya memikirkan keuntungan semata.
Baca Juga: Curi dua bateri tapi bayar satu, pemilik mahu pulangkan duit sebab yang dicuri bateri rosak
Baca Juga: Kes Najib cetus idea buat kartunis berkarya