Ingatkan buang air besar di dalam tandas rupanya kat tempat ambil wudhu, bila kena tegur terus naik angin sampai nak bertumbuk

Surau merupakan satu tempat untuk umat Islam beribadah. Kesucian surau perlulah dijaga memandangkan kebersihan sangat dititik beratkan dalam melakukan ibadah.

Namun, baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang lelaki yang menegur invividu lain yang membuang air besar di dalam sebuah surau.

Individu yang ditegur itu menunjukkan rasa tidak puas hati dan mula naik angin. Dia bertindak mengejar lelaki itu dan mulai menghamburkan kata-kata kesat.

Orang ramai pada mulanya tidak berapa faham dengan isi video tersebut kerana menyangka individu tersebut hanya buang air besar di dalam tandas namun, lelaki tersebut tampil membuat penjelasan bahawa individu tersebut bukan membuang air di dalam tandas tetapi, di tempat mengambil wudhu.

Namun, tidak dapat dipastikan apa yang berlaki seterusnya kepada individu tersebut.

Baca juga: 4 tahun kami PJJ tapi kebelakangan ini isteri mulai berubah jarang jawab call atau tanya khabar, kalau aku call dia marah-marah…”