Ingatkan puluhan ribu ringgit, rupanya gaji Arif Aiman hanya RM11,000

Gaji Arif Aiman Hanapi, 20, pada musim lalu hanya RM11,000 bukanlah puluhan ribu ringgit seperti disangka orang ramai.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan gaji penjaring hatrik termuda kelab itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.

Jelasnya, beliau sendiri membuat semua keputusan kelab dan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dalam JDT.

Dari aspek menandatangani pemain, beliau dan jurulatih akan menilai setiap pemain mana yang harus ditandatangani berdasarkan pemain berkenaan boleh mengikuti falsafah atau gaya permainan yang ditetapkan kelab.

“Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? 11 ribu sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa? kerana macam mana saya jaga setiap pemain.

“Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100 peratus dalam latihan dan perlawanan,” tulis Tunku Ismail di ruangan Insta Story miliknya.

Arif Aiman diiktiraf sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selain turut memenangi anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Beliau muncul pemain termuda JDT melakukan jaringan hatrik dengan tiga gol ketika menentang Penang FC dalam perlawanan Piala FA minggu lalu.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Safawi Rasid yang menjaringkan hatrik ketika berusia 21 tahun.

Baca juga Korban kelab malam haram terbakar di Thailand kini 15 orang, lima pegawai kanan polis dipindah segera

Baca juga Mahu buang ‘saka malas’ keluar bersenam, ini lima tips mula berjoging capai berat badan ideal