Ingin beli rumah namun bimbang ditipu, ini 4 langkah yang anda boleh lakukan

Ingin beli rumah namun bimbang ditipu, ini 4 langkah yang anda boleh lakukan. Pembelian rumah boleh dikira sebagai pelaburan masa hadapan buat anak muda,

Namun sebagai pembeli untuk pertama kali, anda pasti was-was. Apa yang boleh dilakukan untuk anda elak daripada terjebak dengan penipuan seperti ini? Berikut adalah 4 cara yang boleh anda praktikkan.

1. Status Pemaju

Hal ini memainkan peranan yang sangat penting. Buat semakan tentang status pemaju terlebih dahulu sebelum anda mengambil keputusan membeli unit rumah bersama mereka.

Apa yang perlu anda pastikan adalah sekiranya pemaju ini mempunyai lesen berdaftar yang sah ataupun tidak.

Nak dapatkan maklumat yang terperinci, anda boleh membuat carian maklumat syarikat di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Deposit

Elakkan dari membayar wang deposit secara tunai kepada pihak pemaju hartanah. Gunakan kaedah bayaran lain selain daripada bayaran tunai ini. Pastikan anda mendapat resit rasmi terhadap bayaran yang dilakukan.

Ini bagi mengelakkan bayaran deposit anda dimanipulasi oleh pihak pemaju jika tiada resit sebagai bukti kukuh pembayaran. Jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada pemaju hartanah.

3. Tapak Projek

Lebih selamat rasanya jika anda sendiri sebagai pembeli datang melawat tapak projek perumahan yang sedang dalam pembinaan bagi memantau sendiri perkembangan pembinaan perumahan tersebut.

Cara ini dapat membantu anda menilai secara kasar kerja-kerja yang dilakukan dan berpuas hati kerana dapat melihat dengan mata sendiri setiap fasa perkembangan pembinaan dari mula dibina sehingga siap sebuah rumah.

4. Dokumen Hitam Putih

Pastikan di tangan anda terdapat salinan dokumen perjanjian perumahan. Sebelum itu, baca satu persatu setiap isi kandungan yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian bagi mengelakkan berlaku salah faham.

Biasanya, dalam perjanjian pembelian, akan tertera nama pembeli, penjual, bayaran kepada akaun yang berkenaan juga syarat – syarat lain pembelian.

Bagi membantu anda memahami terma-terma dalam perjanjian, dapatkan bantuan rakan-rakan anda yang mempunyai latar belakang undang-undang untuk menerangkan semula kepada anda.

Memang betul, membeli rumah ini adalah salah satu bentuk pelaburan, namun anda perlu juga lihat status kewangan anda sama ada anda mampu untuk tidak. Bimbang jika anda tidak mampu, rumah boleh dilelong pihak bank. Duit pelaburan lesap, wang simpanan juga habis.

Baca Juga: Simptom Microsleep yang perlu anda tahu, jika ada berhenti dan rehat

Baca Juga: Ringgit lemah: Tangguh buat hutang baru, jimat berbelanja