Ini cara buat sup Thai rasa sebijik macam kat kedai Siam!

Masakan Thai memang sangat popular di Malaysia. Sup Thai salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia juga kerana rasa supnya tidak sama dengan sup biasa.

Resepi sup Thai ini dikongsi oleh Hajal Aishah Zakirai dan rasanya memang sebijik macam kat kedai. Bahan yang digunakan juga agak ringkas dan senang didapati.

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sup bunjut
  • Sos ikan
  • Sayur pilihan
  • Jus limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk.

2. Kemudian masukkan bawang besar, serai, daun limau purut dan sup bunjut. Tumis sehingga layu dan wangi.

3. Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan ayam atau daging yang sudah dihiris nipis dan cuci bersih. Biarkan masak sehingga empuk.

5. Masukkan sayur, tomato, sedikit sos ikan dan jus limau nipis secukupnya.

6. Masukkan garam, gula dan seckup rasa. Biarkan reneh sekejap dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa tabur daun ketumbar.

Makan dengan sambal belacan, timun jepun dan telur dadar memang sedap.

Mudah sahaja kan? Jangan lupa cuba ya.