Isu rogol ini adalah sensitif, tidak kiralah ia terjadi kepada lelaki atau perempuan. Isu ini tidak wajar dibawa main dan dijadikan bahan ketawa terutamanya jika anda mempunyai akal yang sihat.
Tiga individu yang mempunyai ramai pengikut di platform TikTok menerima kecaman hebat selepas membuat lawak rogol ketika dalam satu sesi ‘live’.
Menurut Beautifulnara, rakaman siaran langsung itu telah dimuat naik semula oleh seorang individu di Twitter dan ia mengundang pelbagai respon serta kritikan netizen.
Tertengok video beberapa orang tiktok femes buat joke rogol dalam live. Walaupun joke tu kononnya macam lelaki yang kena rogol but still isu rogol isn't something yang kau buat main-main dan gelak-gelak. Actual people actually kena benda tu. IQ masing-masing kat tapak kaki.
— Ikhwan (@JatIkhwan) November 2, 2022
“Terlihat video beberapa orang tiktok ‘terkenal’ buat lawak rogol dalam live.
“Walaupun lawak tu kononnya macam lelaki yang kena rogol tapi isu rogol bukan benda yang kau buat main-main dan gelak-gelak. IQ masing-masing kat tapak kaki.”
Klip tersebut menunjukkan seorang lelaki yang didenda dan disuruh melakonkan watak lelaki dirogol sambil mereka sibuk ketawa. Isu ini menimbulkan kemarahan warganet yang tidak melihat isu ini sebagai satu bahan jenaka.
I dont know these people but one thing for sure, tak berapa nak cerdik. Sekian. pic.twitter.com/rWWAJVDmby
— Ikhwan (@JatIkhwan) November 2, 2022
Ada warganet meninggalkan komen mengenai isu ini yang melihat tiga lelaki ini hanya mahukan perhatian sahaja. Malah ramai yang berang kerana isu lelaki diliwat ini wujud dan dipandang remeh oleh orang ramai.
“Jenis pengikut pun budak-budak otak tak develop habis lagi, apa nak diharapkan dengan mereka ni. Hidup bertuhankan sosial media, kenalah selalu buat benda utk tarik perhatian. Nanti kena call up, mereka pusing kelain pula,” komen Nappaldei
Baca Juga: Tak sanggup putus dengan teman lelaki lepas bergaduh, pelajar tingkatan 5 terjun bangunan
Baca Juga: Tidak mahu isteri dan anak jadi malas, lelaki ini rahsiakan menang loteri RM143 juta