Jangan boikot undi! Undi kita, hak kita – Fahmi Fadzil

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan remaja berusia 18 tahun keluar mengundi untuk pertama kalinya, jadi mereka perlu bersedia untuk memilih kerajaan yang akan memimpin rakyat untuk 5 tahun akan datang. Jadi keluarlah mengundi dan jangan boikot undi kerana itu akan memberi kemenangan kepada mereka yang tak layak.

Remaja berusia 18 tahun akan secara automtik didaftar sebagai pengundi jadi anda hanya perlu pergi ke google dan semakSPR untuk mengetahui tempat anda mengundi.

Buat rakyat Malaysia, maklumkan kepada rakan mengenai pembubaran parlimen agar rakan anda turut keluar mengundi dan jangan risikokan negara dengan boikot undi kerana satu undi mampu menukar nasib rakyat kita sendiri.

Jika bukan kita yang mengubah nasib maka kita akan tetap berada di bawah pimpinan yang rakus terhadap kuasa dan berada di atas sistem keadilan selamanya.

Ketua Penerangannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil dalam hantaran di Twitter mengajak anak muda untuk keluar mengundi demi kepetingan bersama.

“Jangan putus asa, kita yang ingin lihat sebuah Malaysia yang lebih baik, adil, berwibawa dan bertenaga.

“Kita juga mahukan negara yang lebih bersedia menghadapi dugaan dan cabaran di hari muka.”

Rata-rata rakyat bersetuju dengan hal itu dan mengharapkan agar rakyat Malaysia tidak memboikot undi agar kerajaan tidak lagi menindas rakyat dan kita dapat keadilan yang sepatutnya.

“Terima Kasih PH kerana mendedahkan ahli politik dan kroni mereka yang terlibat dalam kes SRC dan 1MDB. Rakyat Malaysia bersyukur, jutaan ringgit sudah dipulangkan kepada Malaysia dan Najib akhirnya disumbat ke dalam penjara,” komen Islander.

“Betul. Apa berlaku kalau boikot undi? Pastinya BN menang. BN akan teruskan amalan rompak duit rakyat. Rungutan kita pasal harga naik, gaji rendah, peluang kerja kurang dan lain-lain tidak akan diutamakan, sama seperti dulu.” komen Joe.

“Kena kempen dekat orang muda, inilah masa mereka menentukan hala tuju kepimpinan negara dengan order baru yang berpaksikan prinsip ‘good governance’ dan meninggalkan order lama yang masih lagi menggunakan isu kaum dan agama, dan amalan rasuah dan salah guna kuasa yang teruk,” komen Azlim.

Kalau dulu ada juga diterapkan cara mengundi di PLKN, rasanya pihak berkenaan perlu menunjukkan cara betul untuk mengundi agar tiada undi rosak berlaku dan dedahkan cara mengundi di platform seperti TikTok yang kebanyakkan dikuasai oleh anak muda.

Baca Juga: Parlimen dibubarkan, ini 7 perkara yang anda perlu tahu

Baca Juga: Ban pecah di Tanjung Karang penduduk ditenggelami air, netizen kata mungkin terkejut bubar Parlimen semalam