Jangan ‘follow’, tonton atau beri perhatian pada ‘content’ murahan yang dicetus semata untuk viral

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak lagi memberi perhatian kepada kandungan video (content) murahan yang cuba dicetuskan oleh mana-mana peniaga hanya untuk melariskan jualan mereka.

Public Health Malaysia dalam perkongsiannya di Facebook berkata, ‘menjemput kecaman’ sudah menjadi satu taktik pemasaran paling mudah untuk peniaga kini melariskan jualan.

Justeru jika pihak media tidak memberi liputan dan netizen juga tidak mengulang siar video mana-mana peniaga, rakyat Malaysia mampu menghentikan kitaran mencipta content murahan semata untuk ‘viral’.

“Mampukah kita menghentikan kitaran ini? Jawapannya tidak jika ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia masih dahagakan content murahan yang disajikan oleh peniaga peniaga ini.

“Menjemput kecaman adalah taktik pemasaran paling mudah di Malaysia. Walaupun kecam tapi netizen masih bercakap mengenainya, tonton video mereka dan follow akaun media sosial mereka.

“Apakah cara untuk menghentikan kitaran ini?

“Ignore. Jangan peduli. Media tidak perlu beri liputan. Netizen tidak perlu beri perhatian, komen atau tonton video,” tulis PHM di Facebook.

Baca juga: Banyak cabaran nak dapatkan cop halal, NGO cadang pihak berkuasa buat lesen mesra muslim

Baca juga: “Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Kali ini Ifa Raziah ditegur pula ustaz Pas